Menu

header photo

Lambakan Iklan Haram - Sinar Harian

Bunting Banner Billboard Printing Installation License Permit

 

KUALA SELANGOR - Lambakan iklan haram dan permit tamat tempoh di daerah ini didakwa semakin berleluasa sepanjang bulan ini sehingga menimbulkan ketidakselesaan penduduk apabila ia menjejaskan papan tanda jalan dan harta kerajaan.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa laluan utama di Jalan Klang-Teluk Intan dari arah Kuala Selangor menuju ke Tanjong Karang mendapati,
iklan tanpa permit atau tamat tempoh dipasang di sepanjang jalan sehingga membabitkan tiang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mempromosikan jualan murah sempena Aidilfitri.

 

Perkara itu turut diakui Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin dan beliau menjelaskan, lambakan iklan mula dikesan sejak kebelakangan ini memandangkan peniaga atau agensi pengiklan mengambi peluang bulan Ramadan untuk mengadakan promosi jualan.

 

“Pihak penguat kuasa MDKS turut memantau pemasangan iklan yang tidak mematuhi spesifikasi dan syarat yang ditetapkan serta mengambil tindakan untuk menurunkannya berikutan pemilik gagal untuk memperbaharui permit dalam tempoh ditetapkan selain dikenakan kompaun atau bayaran tebusan iklan yang diambil.

 

“Penguat kuasa MDKS juga mengadakan operasi pemantauan dan penurunan banner atau bunting tamat tempoh setiap Selasa melalui rekod yang dikenal pasti dan memberi peringatan kepada pemilik untuk mematuhi arahan pemasangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

 

Berganding bahu membenteras

Azahari menjelaskan, pihaknya sentiasa mengadakan operasi bersama pihak polis bagi menangani lambakan
iklan tanpa permit di daerah ini dan meminta pemilik bunting atau banner supaya dapat tampil ke pejabat MDKS untuk memperbaharui permit sedia ada.

 

Bunting Banner Billboard Printing Installation License Permit

 

“Sebelum ini, pasukan penguat kuasa bergiat aktif membanteras iklan haram yang mengundang aduan serta rasa tidak selesa orang awam melihat pemasangan iklan yang tidak mematuhi peraturan di setiap kawasan di bawah pentadbiran MDKS.

 

“Mereka membuat rondaan dan pemantauan di setiap kawasan yang menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai iklan terbabit termasuk sebarang iklan yang ditampal hingga boleh menyebabkan gangguan penglihatan pemandu terutama pada lampu isyarat dan petunjuk arah jalan.

 

“Kita akan terus menjalankan pemerhatian bagi mengurangkan jumlah iklan haram yang diturunkan di sekitar kawasan MDKS dan penguatkuasaan terhadap papan iklan dan iklan haram along yang dipasang sewenang-wenangnya serta tanpa permit juga akan dipertingkatkan bagi memastikan mereka mereka memasangkan mengikut spesifikasi serta mendapat kelulusan bersyarat.

 

“Saya juga mahu menasihatkan pemilik bunting dan banner supaya tidak mengambil jalan mudah dengan memasang iklan promosi sesuka hati di papan tanda atau tiang elektrik tanpa memikirkan kesannya terhadap pengguna jalan raya demi untuk mengaut keuntungan,” katanya.

 

TNB giat laksana kerja pembaikan

TNB Kuala Selangor giat melaksanakan Ops Broken Window bagi memastikan penyediaan sistem dalam keadaan baik.

Sehubungan itu, pelaksanaan kerja pembaikan dan pembersihan sistem TNB dilakukan di sepanjang laluan utama dari pekan Kuala Selangor hingga ke Sungai Leman, Sungai Besar bagi memastikan sistem yang dikenali street furniture dalam keadaan baik dan teratur.  

 

Sinar Harian difahamkan, operasi yang terdiri kombinasi beberapa kumpulan kerja TNB itu memantau lebih 50 kawasan pemasangan bunting dan banner pada tiang milik TNB dan turut membaiki kejanggalan pada wayar milik TNB serta merta bagi menggelakkan kesulitan timbul di kemudian hari.

 

Dalam operasi itu, lebih 100 banner dan bunting haram diturunkan kira-kira 30 kakitangan TNB memantau keadaan wayar termasuk menghubungi agensi berkaitan untuk membaiki wayar milik mereka yang sebelum ini diikat bersama wayar milik TNB sehingga boleh mengundang bahaya.

 

Operasi yang dilaksanakan bermula jam 8.30 pagi hingga 4 petang itu turut memupuk semangat berpasukan antara kakitangan TNB dalam memastikan tiang TNB sentiasa diselenggara dengan baik dan tidak dipasang banner atau bunting haram.

 

Usaha ini dilaksanakan selaras dengan pendekatan yang diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam memastikan kawasan selenggaraan TNB dalam keadaan baik dan meminta kerjasama agensi berkaitan untuk memastikan wayar talian mereka tidak menjejaskan tiang milik TNB.

 

Source: http://goo.gl/xcDjl3

Go Back

Call Us Now!

BuntingMax.com.my
(Wholly owned by E-Maximus Solution Sdn Bhd)

buntingmax.com.my eppy tan
Eppy Tan

buntingmax.com.my zairul
Zairul

Mobile: +6011 2729 8425

(Eng / B.M / 华语 / 粤语 / 闽南语)

buntingmax whatsapp contact
Click Here Whatsapp Chat Now! (Mobile Version Only)

 
Phone 1: +603 3318 7671
Phone 2: +603 3318 9671
Facsimile: +603 2726 2900
 
 
Office:
3A & 3B, Persiaran Pegaga,
Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor.
Malaysia.
 
 
 

Let Us Call You!

*We will contact you via email as primary and mobile as secondary.