Menu

header photo

Lebih 5,000 Iklan Haram Diturunkan - Sinar Harian

Bunting Banner Billboard Printing Installation License Permit

Anggota penguatkuasa MDKP menjalankan operasi menurunkan iklan haram di sekitar daerah Kubang Pasu, semalam

 

JITRA - Lebih 5,000 unit iklan haram diturunkan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) dalam usaha menghapuskan sebarang bentuk iklan yang tidak dilesenkan dari bulan Januari hingga pertengahan bulan Disember 2014.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan MDKP, Wan Ahmad Fuad Wan Yahaya berkata, purata lebih 350 unit
iklan diturunkan setiap bulan melalui operasi yang dijalankan pihaknya.

Menurut beliau,
iklan tersebut meliputi kain rentang, sepanduk, banting, iklan masyarakat sosial, papan petunjuk arah dan iklan ceti haram termasuk iklan buruk, rosak dan tamat tempoh.

“Operasi penurunan
iklan biasanya dilakukan setiap minggu selaras dengan objektif MDKP agar perkara itu tidak menjejaskan nilai estetika kawasan pentadbiran.

“Ini kerana,
iklan umpama itu bukan saja mencacatkan pandangan tetapi implikasinya mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya dan merosakkan pokok-pokok yang di tanam di sepanjang jalan utama di sekitar Pekan Jitra, Bandar Darulaman, Changloon, Bukit Kayu Hitam dan kawasan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambah beliau, pihaknya turut bekerjasama dengan polis dalam usaha membanteras
iklan-iklan membabitkan pinjaman wang yang tidak mendapat kebenaran daripada MDKP.

Wan Ahmad Fuad berkata, pihaknya turut memberi penekanan terhadap syarat pengeluaran
iklan iaitu menggunakan Bahasa Kebangsaan sepertimana peruntukan Undang-undang Kecil 3, Iklan (Majlis Daerah Kubang Pasu) 2010.

“Kegagalan pemilik
iklan mematuhi syarat ini, kita akan mengambil tindakan tegas dengan menurunkan iklan tersebut sekali gus dalam usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama,” katanya.

Sementara itu katanya, MDKP sentiasa agresif dan memandang serius isu tersebut sekali gus memberi kefahaman kepada masyarakat setempat mengenai perkara yang menyentuh undang-undang.

Iklan komersil dan sosial yang dipamerkan di daerah ini, pemiliknya mestikan mendapatkan lesen mengikut peruntukan Undang-undang Kecil 7, Iklan (Majlis Daerah Kubang Pasu) 2010 yang di buat di bawah Seksyen 103 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

“Bagi
iklan –iklan yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam status tersebut maka Bahagian Penguatkuasaan akan menurunkan dan menghapuskan mana-mana iklan di premis-premis perniagaan dan jalan-jalan protokol,” tegasnya.

 

Source: http://goo.gl/VYBP4F

Go Back

Call Us Now!

BuntingMax.com.my
(Wholly owned by E-Maximus Solution Sdn Bhd)

buntingmax.com.my eppy tan
Eppy Tan

buntingmax.com.my zairul
Zairul

Mobile: +6011 2729 8425

(Eng / B.M / 华语 / 粤语 / 闽南语)

buntingmax whatsapp contact
Click Here Whatsapp Chat Now! (Mobile Version Only)

 
 
 
Office:
3A, First Floor, Persiaran Pegaga,
Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor.
Malaysia.
 
 
 

Let Us Call You!

*We will contact you via email as primary and mobile as secondary.