Menu

header photo

Lebih Sejuta Iklan Haram Diturunkan MBPJ Sejak 2012 - The Rakyat Post

Bunting Banner Billboard Printing Installation License Permit

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatannya berjaya menurunkan 1,217,658 iklan tanpa lesen, sejak 2012 hingga 2014.

Pengarahnya, Mohd Fauzi Maarop berkata, jumlah itu meliputi pelbagai jenis iklan haram, seperti banner (28,961), bunting (455,775), iklan kecil pinjaman wang (226,428), iklan rumah (161,449), iklan lori sewa (215,694), iklan berstruktur (356) dan lain-lain (128,995).

“Sejak awal Januari 2015, pihak MBPJ telah menurunkan sebanyak 35,240 iklan haram di sekitar Petaling Jaya, melalui Operasi Penurunan dan ia tidak hanya bergantung kepada aduan yang diterima, tetapi ia dijalankan secara rutin mengikut perancangan ditetapkan setiap hari.

“Dalam operasi yang dijalankan pagi ini pun, dalam masa sejam, kami telah pun menurunkan 7,500 iklan haram, berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya ketika ditemui di Persiaran Margosa, Bandar Sri Damansara, hari ini.

Menurutnya, MBPJ sememangnya giat melaksanakan operasi penurunan iklan-iklan tanpa lesen di seluruh kawasan Petaling Jaya.

Bunting Banner Billboard Printing Installation License Permit

“Operasi penurunan iklan yang dijalankan pihak majlis, meliputi iklan yang dipamerkan tanpa permit, menggunakan pelekat permit palsu dan yang tidak diturunkan, walaupun sudah tamat tempoh lesen.

“Pihak majlis menjalankan operasi sebegini, bertujuan mendidik masyarakat Petaling Jaya mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta mewujudkan persekitaran bersih di kawasan pentadbiran MBPJ,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, tindakan kompaun di bawah UUK 36 (1) Undang-Undang Kecil Iklan MBPJ (2007) yang membabitkan denda sebanyak RM1,000 turut dikenakan kepada mereka yang degil.

“Pihak majlis amat peka terhadap kewujudan iklan-iklan ubat kuat, peralatan seks serta pinjaman wang tanpa lesen (along) yang semakin berleluasa, sejak kebelakangan ini.

“Tindakan risikan dan siasatan juga dijalankan untuk mengesan modus operandi penampal iklan yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak majlis.

“Sehingga kini, 8,198 nombor telefon telah dipotong talian mereka oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Tambahnya, MBPJ akan meneruskan tindakan penguatkuasaan, bagi memastikan kawasan Petaling Jaya sentiasa bersih daripada iklan-iklan tidak berlesen serta memberi kesedaran kepada orang ramai supaya sentiasa patuh kepada peraturan ditetapkan pihak majlis.

Source: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/24/lebih-sejuta-iklan-haram-diturunkan-mbpj-sejak-2012/

Go Back

Call Us Now!

BuntingMax.com.my
(Wholly owned by E-Maximus Solution Sdn Bhd)

buntingmax.com.my eppy tan
Eppy Tan

buntingmax.com.my zairul
Zairul

Mobile: +6011 2729 8425

(Eng / B.M / 华语 / 粤语 / 闽南语)

buntingmax whatsapp contact
Click Here Whatsapp Chat Now! (Mobile Version Only)

 
Phone 1: +603 3318 7671
Phone 2: +603 3318 9671
Facsimile: +603 2726 2900
 
 
Office:
3A & 3B, Persiaran Pegaga,
Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor.
Malaysia.
 
 
 

Let Us Call You!

*We will contact you via email as primary and mobile as secondary.