Menu

header photo

Operasi Roboh Iklan Tiada Permit - Sinar Harian

Bunting Banner Billboard Printing Installation License Permit

MDKS melakukan operasi meroboh papan iklan visual tanpa kebenaran di Ijok dan Puncak Alam.

 

KUALA SELANGOR – Papan iklan visual tanpa kebenaran di kawasan Ijok dan Puncak Alam dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT) selepas notis amaran tidak diendahkan pengusaha agensi papan iklan berkaitan.

Setiausaha Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Azahari Sairin menjelaskan, pelaksanaan operasi merobohkan papan iklan tanpa kebenaran itu bersama Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor.

Menurutnya, tindakan tegas itu diambil selepas MDKS mengenal pasti lambakan papan iklan yang dipasang tanpa kebenaran dan permit PBT terutamanya di dua kawasan terbabit.

Papan iklan ini dipasang di kawasan tanah rizab milik MDKS dan didapati menyebabkan pemandangan lalu lintas terhalang di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Iklan (7) Undang-Undang Kecil Iklan MDKS 2007.

“Tindakan tegas diambil kerana pengusaha agensi papan iklan tidak mengendahkan notis arahan supaya menurunkan papan iklan terbabit yang diberi dalam tempoh 14 hari,” katanya kepada Sinar Harian.

Azahari berkata, tindakan penguatkuasaan dan perobohan akan dilaksanakan dari masa ke semasa bagi membanteras pemasangan papan iklan haram yang semakin berleluasa di daerah ini.

Menurutnya, tindakan tegas perlu diambil sebagai pengajaran kepada pengusaha agensi papan iklan supaya lebih mematuhi undang-undang sedia ada dan tidak lagi membina sebarang struktur di atas tanah kerajaan.

“Mana-mana agensi papan iklan yang ingin memasang dan mendirikan papan iklan perlu mengemukakan permohonan kepada MDKS terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan lanjut.

“Mereka perlu ikut prosedur permohonan supaya PBT dapat memastikan struktur papan iklan yang dipasang diletakkan di kawasan yang betul dan tidak membahayakan orang ramai," katanya.

Beliau berkata, meskipun papan tanda yang dipasang di dalam kawasan milik individu, agensi pengiklan terbabit juga perlu mengemukakan permohonan sama bagi menggelakkan kejadian tidak diingini timbul.

 

Source : http://goo.gl/FCws5h

Go Back

Call Us Now!

BuntingMax.com.my
(Wholly owned by E-Maximus Solution Sdn Bhd)

buntingmax.com.my eppy tan
Eppy Tan

buntingmax.com.my zairul
Zairul

Mobile: +6011 2729 8425

(Eng / B.M / 华语 / 粤语 / 闽南语)

buntingmax whatsapp contact
Click Here Whatsapp Chat Now! (Mobile Version Only)

 
Phone 1: +603 3318 7671
Phone 2: +603 3318 9671
Facsimile: +603 2726 2900
 
 
Office:
3A & 3B, Persiaran Pegaga,
Bayu Perdana, 41200 Klang, Selangor.
Malaysia.
 
 
 

Let Us Call You!

*We will contact you via email as primary and mobile as secondary.